Tuesday, 6 November 2012
Pelayan Sang Raja..
Saturday, 23 June 2012
...Aku Bukan Pengemis..
kanak-kanak tersebut tidak berputus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu sehingga pemuda itu selesai menjamu selera, lalu ditawarkan lagi kuih dagangannya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" tawarnya. Lalu pemuda tersebut menjawab, "Tidak dik, saya sudah kenyang."
Kemudian pemuda itu berjalan menuju kaunter untuk membuat bayaran dan beranjak pergi dari restoran tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu terus mengikuti pemuda tadi. Sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Namun tiada lagi pembeli. Walaupun demikian dia tidak mahu berputus asa, dan terus cuba menawarkan kuih pada pemuda itu. Dia hanya mahu membantu ibunya, menyambung kehidupan mereka yang serba berkekurangan. Jika dia pulang tanpa hasil jualan, pasti ibunya kan berasa sedih.
Melihat pemuda itu keluar dari restora, anak kecil penjaja kuih itu menawarkan kuih dagangannya untuk kali yang ketiga, "Bang mahu beli kuih saya ?". Kali ini pemuda itu merasa serba salah untuk menolak. Lalu, dia mengeluarkan not RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah. Katanya, "Adik ambil duit ni, abang tak nak beli kuih, jadi anggap saja ini sedekah dari abang untuk adik ye..”
Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda tadi dan memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang meminta minta. Pemuda tadi merasa hairan dengan tindakan anak kecil itu lalu bertanya “kenapa adik berikan duit tu pada pada pengemis? duit tu abang bagi untuk adik…”
Anak kecil penjaja kuih senyum dan menjawab, "Saya sudah berjanji pada ibu untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan menjadi pengemis. Saya akan berasa bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu habis terjual. Dan wang yang akan saya berikan kepada ibu nanti adalah hasil usaha jualan kuih.sebab ibu tidak suka saya menjadi pengemis".
Pemuda itu kagum dengan kata-kata yang diucapkan oleh kanak-kanak itu, sungguh berbeza dengan kanak-kanak seusianya. Akhirnya pemuda tersebut telah membeli semua kuih dagangan kanak-kanak tersebut. Bukan kerana simpati, tapi kerana prinsip yang dimiliki oleh anak itu. Biarpun dia masih kecil tapi tidak berputus asa dan tidak mengambil jalan mudah dengan meminta-minta.
..Kisah 3 Pemuda..
"Warna yang bagus dan kulit yang baik, kerana tiada yang mahu mendekatiku dengan rupa ini" jawabnya. Maka malaikat pun mengusap badan si sopak sehingga dengan izin Allah hilanglah penyakitnya dan kulitnya berubah menjadi sangat halus dan cantik. Kemudian Malaikat bertanya lagi "Harta kekayaan apakah yang engkau inginkan?"
"Unta," jawab si sopak.
Maka diberinya Unta betina yang sedang bunting sambil didoakan semoga Allah S.W.T memberkatinya.
Setelah itu, malaikat tersebut mendatangi si botak dan bertanya, "Apakah gerangan yang anda inginkan?"
"Rambut yang bagus," jawabnya. "Dan hilangkan botakku ini, kerana keadaanku ini sering menjadi bahan ejekan" jelas si botak.
Lalu malikat pun mengusap kepalanya dan dengan izin Allah rambutnya kembali tumbuh dengan cukup bagus. Dia kemudian ditanya lagi, "Kini harta kekayaan apa yang anda inginkan?"
"Lembu," jawab si botak.
Kemudian diberilah lembu betina yang sedang bunting sambil didoakan semoga Allah S.W.T memberkatinya.
Dan terakhir, malaikat datang pada si buta dan bertanya, "Apakah yang anda inginkan?"
"saya ingin sekiranya Allah mengembalikan penglihatanku, supaya aku dapat melihat segala sesuatu," jawabnya. Maka malaikat pun mengusap kedua matanya dan dengan izin Allah seketika itu juga ia dapat melihat kembali.
"Sekarang harta kekayaan apa yang engkau inginkan?"
"Kambing," jawabnya.
Ia kemudian diberi kambing betina yang sedang bunting.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, dan bulan berganti bulan, serta tahun pun berganti tahun. Seiring itu pula haiwan-haiwan ternakan mereka bertiga bertambah semakin banyak. Hingga akhirnya masing-masing telah memiliki satu lembah unta, satu lembah lembu, dan satu lembah kambing.
Malaikat itu kemudian kembali datang pada pemuda yang dahulunya sopak. Kedatangannya kali ini, menyamar menyerupai keadaan si sopak suatu ketika dulu. Setelah sampai di tempat si sopak ia berkata, "aku ini orang miskin yang tiada tunggangan untuk meneruskan perjalanan dan kehilangan perhubungan. Maka tiada yang dapat menyampaikan aku pada tujuan, kecuali pertolongan Allah S.W.T serta ketulusanmu menghulurkan bantuan. aku mohon padamu, demi Allah yang memberimu warna dan kulit yang bagus serta kekayaan, agar memberiku satu unta agar dapat kuteruskan perjalananku ke tempat tujuanku".
Mendengar ucapan yang demikian, si sopak kemudian menjawab: "Hak-hak orang lain masih banyak."
"Aku seperti mengenalimu, bukankah kau dahulu sepertiku dan dibenci orang lagi miskin, namun setelah itu kau diberi kekayaan oleh Allah?" kata malaikat.
"Jika kau berdusta, semoga Allah mengembalikanmu pada keadaan yang dulu," kata malaikat.
Setelah itu, malaikat tersebut datang pada orang yang dahulunya botak dengan menyamar menyerupai keadaannya ketika masih botak. Semasa tiba di tempat si botak, malaikat berkata padanya sebagaimana yang dikatakan kepada si sopak tadi. Namun jawapan yang diberikan oleh si botak sama saja dengan si sopak tadi, sehingga malaikat mendoakan pula, "Jika engkau berdusta, semoga Allah mengembalikan engkau pada keadaanmu dahulu."
Terakhir, malaikat itu datang menemui si pemuda yang dulunya buta. Ia berkata, "Aku ini seorang miskin yang sedang dalam perjalan namun telah putus hubungan. Maka aku tidak akan dapat sampai ke tempat tujuanku kecuali dengan pertolongan Allah melalui perantaraan bantuanmu. Aku mohon demi Allah, Dia-lah yang telah mengembalikan penglihatanmu dan memberimu kekayaan, oleh itu, berilah aku seekor kambing untuk menjadi bekal perjalananku agar aku sampai pada tujuanku."
"Benar, dahulu aku seorang yang buta, kemudian Allah mengembalikan penglihatanku, lalu Allah memberiku harta kekayaan. Oleh itu, sekarang ambillah sesukamu. Demi Allah. Aku takkan keberatan dengan sesuatu yang engkau ambil kerana Allah."
Maka malaikat pun berkata: "Tahanlah hartamu. Kamu bertiga sebenarnya sedang diuji oleh Allah. Maka Allah pun ridha padamu dan murka pada dua orang teman itu." (hari Bukhari & Muslim).
Saturday, 31 December 2011
..NiKMaTNYa KaSiH TuHaN..
Assalamualaikum pembuka bicara…
Petang yang indah, tibe-tibe jari terasa gatal nak menaip, tapi tak tau nak taip ape..jadi saje nak share, kalau sudi teruskan membaca, tapi kalau tak berminat bukan salah sesiapa, layari la ruangan lain yang mungkin dapat beri manfaaat lebih baik. =) ku doakan, moga kita semua
Dalam menelusuri kehidupan ini bermacam ujian datang menduga keimanan. Namun bersyukur pada-Nya kerana sering juga diberi kekuatan untuk mengatasi setiap dugaan yang perlu ditempuhi =) terasa nikmat menjadi hambanya..
Teringat kata2 ayah, “ujian itu nikmat”
Masa ayah cakap mcm tu rasa pelik, nape ayah cakap ujian itu nikmat, sedangkan aku tak pernah rasa ujian tu nikmat. Kalau time sekolah dulu2 bile cikgu sebut nak wat ujian, mula la aku rasa tak sedap badan, rasa cam nak ‘ponteng’ sekolah time ujian, yela menyusahkan, belajar sudah la, watpe nak ujian2 lak. Nak kena peningkan kepala baca buku, menghafal, mengulangkaji..tak minat betol. Cam takde kaitan
Suatu pagi yang damai ayah telah keluar untuk menunaikan tanggungjawabnya pada kami (pergi kerja@cari rezeki) untuk membiayai kehidupan kami. Ayah bekerja sebagai pemandu lori, ayah hantar udang galah, jauh ayah pergi, balik tak menentu, kadang sampai tengah malam baru ayah balik.. susah kerja ayah, tapi ayah tetap teruskan demi keluarga.. ayah memang baik..
Tapi bukan tu yang nak di cerita, yang nak diceritakan sekarang ni, kenapa betol ayah kata ujian tu nikmat.. Nak tau kenapa, teruskan membaca… =)
Suatu petang, kring2! Kring2! Talifon berbunyi, mak pon angkat la talifon, kawan ayah rupanya…“wa’alaikumsalam, ye ni isterinya bercakap…” tibe2… wajah mak berubah, dan menjerit “apa!! Kemalangan?” aku yang sedang asyik melayan adik terkejut mendengar perkataan “kemalangan” yang disebut oleh mak, terus pergi mendapatkan mak, dan bertanya “ kenapa mak? Siapa yang kemalangan?” … “ayah, lori yang dipandunya terbalik” jawab mak ringkas, mukanya kelihatan pucat disebabkan berita tersebut, aku yang mendengar jawapan mak tadi, jadi kaku, tak tahu nak kata apa. Hanya Allah saja yang tahu bagaimana rasa hati ketika itu, bermacam persoalan bermain di minda, bagaimana keadaan ayah? Masih selamatkah ayah? rasa takut kehilangan ayah menyelubungi jiwa… oh.. aku tak mahu kehilangan ayah.. tidaaaaaaaakkkk…
Bersambung…. Hehehe…. Nak wat cam citer drama lak =)
Mak tak reti pandu kereta, jadi kami tak dapat wat pe2, tunggu je berita dari kawan ayah yang mengkhabarkan berita kemalangan ayah tadi… tak lama kemudian kawan ayah memberitahu ayah cedera dan telah dibawa ke hospital dan ayah selamat, syukur pada Allah masih memberi peluang pada kami untuk bersama ayah…berbulan lamanya ayah terlantar… kehidupan kami jadi sangat susah, mak terpaksa bekerja, sebab perlu jaga ayah, mak bekerja mengasuh anak-anak jiran di rumah.. aku terpaksa berhenti sekolah buat seketika, pendapatan yang mak peroleh tidak dapat menampung keperluan kami sekeluarga, sedangkan tidak lama lagi aku bakal menduduki PMR. Tapi aku pun bukan semangat sangat nak belajar waktu tu, jadi elok juga lah tak sekolah, daripada menyusahkan mak bayar yuran..tapi bile tengok kawan2 pegi sekolah, lama2 terasa gak rugi tak sekolah. Dah la nak PMR..masa tak kesekolah tu aku banyak luangkan masa dengan ayah, tolong mak jaga ayah same.. haaa… mase ni la ayah beritahu bahawa
Ujian itu nikmat sebenarnya…tapi masa ayah cakap cam tu, aku tak rasa nikmat pun lagi, kesusahan je yang kami alami waktu tu, sebab tu aku tak nampak pun di mana nikmatnya… tujuh bulan ayah terlantar, terasa sangat bila ayah tak bekerja…tah kenapa ayah boleh lagi cakap ujian tu nikmat..
Lama aku berfikir, baru la aku tau kenapa ayah kate ujian tu nikmat..
jika bukan kerana ujian yang Allah beri, aku tak rasa bagaimana susahnya kalau ayah takde, dengan ujian yang diberi aku faham erti kesusahan, aku juga jadi lebih menghargai, menghargai pengorbanan ayah, setelah dapat bersekolah semula, aku belajar dengan bersungguh-sungguh, ku balas pengorbanan ayah dengan keputusan peperiksaan yang membuatnya tersenyum dan bahagia, aku tak mahu putus asa, apa yang aku tahu, aku perlu menjadi insan yang berguna, anak kebanggaan ayah, agar aku mampu memberinya kebahagiaan semasa hayatnya. Tak
ujian tu akan terasa nikmat, bila kita terimanya dengan redha, sebenarnya kita di uji sebab Allah sayang pada kita, Allah mahu kita sentiasa ingat pada-Nya, sentiasa menghampirkan diri dengan-Nya, sentiasa mengharap pada-Nya. Kita ni manusia, sering alpa, lalai dari mengingatinya. Bile senang lupa daratan, namun bila susah Allah jua di cari semula… namun begitupun sikap kita, Allah tetap sayang pada kita, tak pernah pulaukan kita dan beri kita peluang untuk kembali pada-Nya.
Jadi betul
Oleh yang demikian jangan pernah berputus asa dengan ujian Allah,
Sentiasalah berfikiran positif pada Allah,
Yakinlah, sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan…
Dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya…
Allah itu Maha Tahu
Kisah ini bukan untuk meraih simpati,
sekadar berkongsi bersama yang sudi,
yang baik jadikan teladan,
yang buruk jangan jadi ikutan..
Sekian…
Buatmu Ayah,
Ayah
Maafkan lah anakmu ini,
Aku terlambat menyedari,
Pengorbananmu yang penuh erti,
Ayah,
Maafkanlah anakmu ini,
Telah banyak ku sakiti hatimu.
Dengan sikapku yang tidak peduli,
Ayah,
Tanpamu disisi punahlah kami,
Baru kini kusedari,
Kata-katamu yang penuh erti….
Ayah….kaulah insan yang teramat ku sayangi..
Sunday, 11 December 2011
Tamparan seorang Kiai
Tidak lengkap rasanya jika seorang yang pintar tapi fahaman agamanya cetek, jadi ayah telah meminta pemuda untuk mendalami ilmu agama. Namun pemuda meletakkan syarat..jika mahu dia belajar agama, ayah harus mencarikan seorang guru agama atau sesiapa saja yang dapat menjawab tiga pertanyaanya. Akhirnya ayah pun mendapatkan seorang ustaz.
Pemuda : Ustaz ni siapa? Mampuka ustaz ni jawab pertanyaan saya..
Ustaz : Saya adalah hamba Allah..InsyaAllah..dengan izinNya saya akan menjawab pertanyaan saudara.
Pemuda : Ustaz yakin? Sedangkan sebelum ni ramai orang pintar tak mampu menjawab pertanyaan saya.
Ustaz : Saya akan cuba sedaya mampu.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan,
1. Kalau Tuhan tu ada, tunjukkan pada saya…yang Tuhan tu wujud.
2. Apa yang dinamakan takdir?
3. Sekiranya syaitan diciptakan dari api, kenapa dimasukkan ke neraka yang diperbuat daripada api..dah tentulah tak kan menyakitkan syaitan. Sebab mereka dari unsur yang sama, macam pelik je..
Tiba-tiba….
Ustaz menampar pipi pemuda dengan kuat..
Pemuda : Kenapa nak marah pulak? (sambil mengusap-usap pipi menahan sakit)
Ustaz : Saya tak marah…tamparan tu adalah jawapan bagi ketiga-tiga pertanyaan yang saudara ajukan tadi..
Pemuda : Maksudnya..?
Ustaz : Macamana rasanya kena tampar?
Pemuda : Tentula sakit…
Ustaz : Jadi…saudara percaya yang sakit itu ada?
Pemuda : Tentulah!
Ustaz : Kalau macam tu…tunjukkan pada saya sakit tu?
Pemuda : Macam mana nak tunjukkan..tentulah tak boleh…
Ustaz : Tu lah jawapan bagi persoalan saudara yang pertama…kita rsa kewujudan tuhan, walaupun tak mampu melihatNya.
Ustaz : Apakah saudara pernah bermimpi di tampar oleh saya?
Pemuda : Tak..
Ustaz : Ada tak saudara pernah terfikir akan menerima tamparan dari saya hari ni?
Pemuda : Tak ..
Ustaz : Itulah yang dinamakan takdir…tangan yang saya gunakan menampar saudara ni diperbuat dari apa?
Pemuda : Kulit
Ustaz : Pipi saudara?
Pemuda : Kulit..
Ustaz : Bagaimana rasanya tamparan saya tadi?
Pemuda : Sakit..
Ustaz : Walaupun syaitan dijadikan daripada api..dan neraka turut dijadikan dari api..namun dengan izinNya neraka tetap akan menjadi tempat yang menyakitkan bagi syaitan. Macam kulit tangan dan kulit pipi tadi..walau sama2 kulit, namun dengan kehendak Allah..tetap rasa sakit..
Pemuda : Baru saya faham sekarang, terima kasih ya ustaz..
Dan akhirnya pemuda tadi pun mula mendalami agama dengan lebih bagus lagi..
….Sekian...
The Barber
Tukang gunting rambut : Saya tidak percaya dengan kewujudan Tuhan.
Pemuda : Kenapa awak kata begitu? (dengan nada terperanjat)
Tukang gunting rambut : Mudah saja..cuba awak keluar dari kedai ni, perhatikan di jalan dan awak akan
setuju dengan saya..Kalau Tuhan tu wujud, kenapa ada ramai orang yang sakit?
Kenapa ada anak-anak yang terbiar? Dan kalau benar Tuhan tu wujud, tentu tak
Kan ada kesengsaraan..sebab Tuhan tak kan biarkan macam tu je..
Pemuda tadi senyap, kerana tidak mahu menimbulkan sebarang kekecohan semasa sedang menggunting rambut.
Setelah selesai, pemuda pun meninggalkan kedai gunting rambut. Tiba-tiba…pemuda terpandang seorang lelaki di jalanan yang kusut-masai. Rambutnya panjang tidak terurus..sepertinya sudah lama tidak mengguntingnya..
Lalu pemuda kembali semula ke kedai gunting rambut tadi..
Pemuda : Awak nak tahu sesuatu..saya tak rasa tukang gunting rambut tu wujud…
Tukang gunting rambut : Eh…kenapa pula awak berkata demikian..saya kan tukang gunting rambut..dan
saya ada kat sini..
Pemuda : Tidak…mereka tak wujud..kalau mereka wujud dah tentu tiada lelaki yang berambut panjang
seperti lelaki di jalanan tu..
Tukang gunting rambut : Ohh..begitu..mereka yang tidak datang mencari saya..
Pemuda : Hah! Tepat sekali…(sambil senyum)…
Tuhan tu wujud..Cuma manusia saja yang tidak mahu berusaha mencariNya..sebab tulah
wujudnya banyak kesakitan dan penderitaan di dunia ni…
Thursday, 30 June 2011
ketekunan hati seorang syuhada...
Pada suatu malam, Sa’id bin Harits bersama seorang temannya Hisyam bin yahya mendapat giliran untuk berjaga dari serangan musuh. Maka selama tugasnya itu, Sa’id terus beribadah semalaman sampai terbit fajar. Sehingga Hisyam bin Yahya menasihatinya, “ wahai sa’id berehatlah sebentar, kerana itu adalah hakmu dan jika berlaku sesuatu agar nantinya kamu dalam keadaan bersiap sedia”.
Mendengar ucapan Hisyam, Sa’id menjawab “wahai sahabatku, ini hanyalah beberapa nafas saja yang dapat di hitung serta umur yang akan habis segera dan berlalu, sedang kita hanya menantikan maut, berlumba-lumba menghadapi keluarnya roh”.
Ketika mendengar jawapan itu, Hisyam pun berkata “Wallahi..masuklah ke dalam khemah untuk berehat”. Maka Sa’id pun masuk ke dalam lalu tidur. Sedang Hisyam duduk sendirian didepan khemah, tiba-tiba dia terdengar suara dari dalam. Hisyam kemudian terus ke dalam kehemah untuk melihat apa yang berlaku. Namun tiada siapa pun di dalam melainkan Sa’id yang sedang tidur. Dalam tidurnya dia berkata “ aku tidak mahu kembali” sambil menghulurkan tangan kanannya kemudian menariknya kembali perlahan-lahan dan tertawa lalu melompat bangun dari tidurnya, segera Hisyam mendakapnya hingga Sa’id kembali sedar dari ingatannya. Setelah sedar Sa’id terus bertahlil, bertakbir, dan bertahmid.
Hisyam bertanya kepadanya, “ada apa hai Sa’id, sungguh saya telah melihat keanehan pada malam ini. Ceritakanlah apa yang kau lihat dalam tidurmu”. Sa’id berkata “aku tidak akan menceritakannya kepadamu” kemudian Hisyam bersumpah demi Allah tidak akan menceritakannya kepada orang lain.
Lalu Sa’id bertanya, “bolehkah kau berjanji tidak akan membuka rahsia ini selama hidupku?” Hisyam menjawab, “sungguh aku tidak akan meneritakannya kepada orang lain”. Maka Said bin Harits pun menceritakan mimpinya itu kepada Hisyam, ia berkata :
“Aku bermimpi seolah-olah telah tiba hari kiamat, semua orang telah keluar dari kuburnya menunggu panggilan Allah. Tiba-tiba aku melihat ada dua orang yang belum pernah aku lihat kesempurnaan seperti itu sebelum ini,selain mereka berdua. Mereka datang dan berkata kepadaku, “Wahai Sa'id, berbahagialah, sesungguhnya Allah swt. telah mengampuni dosa-dosamu, memberkati usahamu, menerima amalmu, dan mengabulkan doamu. Marilah pergi bersama-sama kami agar dapat kami tunjukkan kenikmatan-kenikmatan apa yang telah disediakan oleh Allah kepadamu”.
Kemudian kedua orang itu membawaku dan menyediakan kuda yang tidak serupa dengan kuda-kuda yang ada di dunia, larinya pula bagaikan kilat. Aku menunggangnya sampai ke suatu bangunan yang tinggi dan megah. Ketika sampai di depan pintunya, pintu itu terbuka dengan sendirinya dan aku masuk ke dalam bangunan itu lalu penghuninya iaitu bidadari serta pelayan menyambut kedatanganku. Salah seorang dari mereka berkata; “itu kekasih Allah telah tiba, maka ucapkanlah selamat datang kepadanya”.
Kemudian aku berjalan hingga sampai ke satu ruangan tempat tidur yang bertaburan permata serta terdapat sebuah kerusi yang terbuat daripada emas, lalu kedua orang itu berkata, “inilah tempatmu dan keluargamu, semua ini hanyalah untukmu”. Setelah berkata demikian, maka kedua orang itu pergi meninggalkan aku di tengah-tengah bidadari dan gadis-gadis yang cantik, kemudian aku bertanya “dimanakah aku?” jawab mereka, “ini adalah jannatul ma’wa” lalu aku bertanya lagi, “siapa kamu?” mereka menjawab “aku isterimu yang kekal” setelah itu aku hulurkan tanganku padanya, akan tetapi mereka menolak dengan halus sambil berkata “kini kamu harus kembali ke dunia dan akan tinggal 3 hari lagi”. Kemudian aku berkata “aku tidak mahu kembali” mereka menjawab “engkau harus kembali, dan sesudah 3 hari engkau akan kembali lagi ke tempat ini” lalu ia bangun dari tempat duduknya dan aku pun bangun untuk memberi selamat. Demikianlah mimpiku hingga aku terbangun dari tidurku”.
Mendengar cerita itu, Hisyam bin Yahya menangis dan berkata, “beruntunglah engkau Sa’id, bersyukurlah kepada Allah, bahawa Allah telah memperlihatkan pahala amal baikmu” lalu Sa’id bertanya “apakah ada orang lain yang melihat kejadian ini selainmu?” Hisyam menjawab “tidak ada” lalu Sa’id berkata; “janganlah engkau menceritakan hal ini kepada orang lain sebelum aku mati”. Setelah menceritakan mimpinya itu, kemudian Sa’id berwudhu’ dan memakai minyak yang harum kemudian pergi menuju medan perang sambil berpuasa dan pada malam harinya Sa’id seperti biasa melakukan solat malam. Demikianlah ia lakukan selama 3 hari. Dan tepatlah pada hari terakhir saat matahari hampir terbenam, seorang lelaki melemparkan panahnya dari atas benteng dan anak panah itu tepat mengenai lehernya sehingga Sa’id jatuh tersungkur, lalu dengan segera Hisyam mendekatinya dan berkata “seandainya aku bisa bersamamu, seandainya…..”
Sebelum Sa’id menghembuskan nafasnya yang terakhir, ia menggigit bibirnya sambil tersenyum dan berkata “segala puji bagi Allah yang telah menepati janji-Nya” setelah mengucap kata itu ia meninggal…sebagai syuhada.
Lalu Hisyam berteriak dengan suara yang paling keras, "Wahai hamba-hamba Allah, hendaklah kamu semua melakukan amalan untuk hal seperti ini," dan Hisyam menceritakan tentang kejadian tersebut.Tersebarlah tentang kisah itu dan mereka satu sama lain saling memberikan teguran dan nasihat. Lalu pada pagi harinya mereka bergegas menuju benteng dengan hati yang penuh kerinduan kepada Allah swt. Akhirnya sebelum berlalunya waktu Dhuha benteng sudah boleh dikuasai berkat seorang lelaki soleh itu, iaitu Sa'id bin Harith.
Demikianlah cerita seorang pejuang yang memegang teguh akan keimanannya ia meninggal sebagai syuhada’ dalam menegakkan agama Allah untuk mencapai nilai syahid. Sehingga ia pulag k pagkuan-Nya dan mendapatkan tempat yang penuh dengan kesenangan syurga Allah.
Sebelum mengundur diri ingin saya kongsikan sepotong hadis tentang keutamaan jihad dan pahalannya. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :
“berdirinya seseorang dalam jihad fisabilillah itu, lebih baik atau utama daripada solat sendiri di rumah selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka diampuni dan dimasukkan ke syurga?, berjuanglah fisabilillah, siapa yang berjihad fisabilillah meskipun selama hanya memeras unta, maka pasti ia akan mendapat balasan." (hadis Riwayat imam tirmidzi).
Wednesday, 20 October 2010
sebuah kisah
Telah datang seseorang menemui Ibn 'Aqil(seorang ahli bahasa) dan berkata kepadanya; "setiap kali aku mandi dalam sebuah sungai hingga dua atau tiga kali namun aku masih was-was sama ada diriku sudah suci atau belum. aku masih merasakan diriku masih berhadas.
mendengar kata-katanya Ibn 'Aqil menjawab; "tidak perlu bimbang, engkau tidak perlu mengerjakan solat". "Kenapa tuan berkata demikian?", tanya orang itu kehairanan.
Ibn 'Aqil menjawab; "Nabi S.A.W bersabda bahawa kewajipan agama dibebaskan daripada tiga orang yakni; bayi hingga baligh, orang tertidur hingga dia bangun dan orang gila hingga dia pulih". Ibn 'Aqil menambah lagi; "orang yang mandi dalam sungai beberapa kali namun masih mengira dirinya tidak bersih seperti kamu ini adalah termasuk orang yang gila".
pesanan : janganlah kita layan perasaan was-was, kerana ianya adalah gangguan syaitan laknatullah. syaitan akan berbuat apa saja agar kita jauh dari Allah...
Thursday, 25 June 2009
CeRiTa CinTa..
Buat tatapan bersama…
Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka saya. Saya nak 'join', diorang kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.
Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lainla. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya budak-budak perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).Tapi saya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur. Pernah sekali tu, saya dapat award kelas – ‘Penglipur Lara Hati Nan Duka’. Huhu~
Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia, seorang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah 'couple'. Dalam dorm sms awek sampai pagi. Ada yang ‘call’ awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa ‘jelous’ tetap hadir di hati.
Saya mula berfikir, "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu, saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.
Mula-mula awak jual mahal. Taknak layan saya. Tapi saya tak kisah, mahal pun takpe, nak beli gak. Dan akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA dengan awak.
Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang minang kata..'ALL OUT'lah. Hahaha.. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya. Malam-malam 'gayut'. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber'couple' tu, tidak terasa pun kehilangannya.
Masa bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk sama-sama pujuk-memujuk. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama. Untuk diri ini,terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir, biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam, asalkan saya ada awak yang memahami saya.

Hampir setahun kita bercinta. Sekarang dah masuk tingkatan 5. Suatu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah, daripada ceramah itu saya sedar yang saya banyak buat dosa dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Saya kena jadi orang baik. Sebab memang itu fitrah manusia,menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah.
Lepas itu saya beli terjemahan Al-Quran, sebab nak tadabbur Al-Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak. Saya taknak jadi baik seorang diri, jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh(calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah.
Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah pun. Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je. Ada yang siap buat mksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syara'. Tak guna ayat jiwang-jiwang. Janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je.
Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihatkan awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu, tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa, hubungan kita semakin diredahai. Saya selalu berdoa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.
Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".
Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa. Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman, apa lagi, tegur la depan-depan. Awak pula selalu nasihatkan saya, jaga perasaan orang lain, berdakwah kena berhikmah, tak boleh kasar-kasar, nanti orang benci. Nasihat awak tu sangat berguna buat saya.
Lepas tu, satu masa. Saya terbaca artikel tentang couple. ‘COUPLE HARAM’ tajuknya. Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang diberi, macam betul pula. Ingat nak bincang dengan awak, tapi berat pula rasanya. Saya fikir kembali. Kita tak buat maksiat. Kita tak jalan-jalan pegang tangan. Tak jiwang-jiwang sangat. Cuma saling ambil berat, tanya khabar, borak-borak, siap ada bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Biasalah, kalau kita suka satu benda tu, kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan saja hubungan kita.
Masa terus berlalu. Sedar tak sedar peperiksaan percubaab SPM dah dekat. Tiga minggu je lagi. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan-kawan. Buat 'study group'. Pada masa yang sama, bagi tazkirah. Ada yang terima. Ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur, saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya. Ada kata saya tegur tak berhikmah, ada yang kata saya menunjuk-nunjuk. Tapi saya tak kisah, saya ada tempat nak mengadu, huhu.
Suatu ketika, ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri, saya terjumpa ayat ini:
Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri
(kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)
Saya pun berfikir, "Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ada lagi dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?" Lepas tu terjumpa pula ayat ini :
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah
kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan. "Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.." Berfikir sejenak. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam yang saya fikir. Dipendekkan cerita lagi sekali,saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. Dalam perjalanan ke seminar tu, saya masih sms lagi dengan awak dalam bas. Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu dan lain. Dalam fikiran saya, "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."
________________________________________
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat. Pihak penganjur pun faham. Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.
Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak. "Kalaulah betul couple tu salah, habis tu, nak buat macam mana? Aku kena 'clash' ke? Alah, buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"
Lalu saya menghampiri fasilitator tu. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.
"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit, boleh?"
"Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?"
"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat jugalah. Bukan rapat biasa-biasa, tapi rapatlah.."
“Bercinta ke?”
Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula abang tu kate. Mesti dia marah punye. Tapi bagi dalih apa lagi. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya:
"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"
Dengan suara yang lembut abang tu jawab:
"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."
Saya tak mahu mengalah.
"Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil abang tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)
"Akhi, kalau anta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah aje. Mesti ada masanya nata hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"
Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,
"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"
"Em, betul, anta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji taknak call dia pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi, masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.."
" Zina hati?” Saya menduga.
"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah s.a.w. jelaskan dalam hadisnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."
Saya terdiam. Kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang abang tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.
"Ana dulu pun couple juga. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak grad. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta."
"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."
Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan abang tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Abang tu jawab,
"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."
Saya terdiam lagi.
"Pasal dia pula, cuba anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta secara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan menanggung balasan atas perbuatannya sendiri."
Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.
"Jadi apa saya nak buat bang?"
"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."
"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"
"Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat 'group discussion', masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai 'group discussion partner'."
Tiba-tiba saya terfikir,
"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"
"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?"
Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab,
"Ata kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, anta nak tunggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni? Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."
Alamak, tak boleh lari lagilah nampaknya. Saya rasa macam abang ni paksa saya clash masa tu juga.
"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."
"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."
"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.
"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat, jadi rasanya, inilah masanya."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."
Berat betul nak hantar sms tu kat awak. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].
Lepas tu tertera di skrin..
SENDING..
MESSAGE SENT
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..
"Terima kasih bang.."
"Takpe, dah tanggungjawab.."
Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata. Tak sangka. Memang tak disangka. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya. Tiba-tiba saya teringat ayat Allah, Surah Al-Baqarah, ayat 216,
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Masa terus berlalu. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta'lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil. Macam-macam yang berlaku. Ada kritikan, ada juga yang setuju. Cuma kali ini saya tak dapat nak mengadu pada awak, tapi saya jumpa tempat mengadu yang lebih baik, pada Dia, Allah yang Maha Mendengar.
Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak. Awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat,
"Seindah gubahan pertama.."
Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir, "Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.
"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..
Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.
Lagi satu,
Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..
-Yang Terakhir- "
Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, saya tinggalkan semua ini demi mendapatkan redha Allah. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang terbaik untuk saya. Dan saya takkan sekali-kali berpatah balik.
TAKKAN BUAT SELAMA-LAMANYA...
oleh: umairzulkefli
