Thursday, 25 June 2009

WiRa HaTiKu..

Wira hatiku
Tiada siapa yang tahu
Bahawa kasih ini kutujukan padamu
Meskipun kurasakan mustahil untuk kugapai
Tetapi ku tahu Allah Maha Mengetahui hasrat hatiku

Wira hatiku
Padamu terhimpun pekerti yang tinggi
Padamu tergambar kelembutan dan kebijaksanaan hakiki
Senyumanmu manis menenangkan hati
Bicara lembut menawan hati
Hatiku yang satu, hanya untukmu ku abadi




Wira hatiku
Sedari awal kulihat dirimu insan mulia
Terlalu baik buat diriku yang hina
Tapi diri ini menyintai kebaikan dan keindahan akhlakmu
Lantas padamu kuletakkan harapan
Adakah kau tahu, adakah kau merasai,
insan daif ini menangis dalam kerinduan dan penuh pengharapan

Wira hatiku
Tidak mampu kusampaikan bicara hati ini
Lantaran hinanya diri, rendahnya pekerti
Meskipun cinta dan perhatian darimu kudambakan
Terasa betapa kerdilnya diri ini
Terasa tidak layaknya untuk memiliki hatimu yang suci

Wira hatiku
Adakah kau akan hadir untuk menyelamatkan jiwa yang lesu ini
Adakah kau dapat merasai kewujudan perasaan kudus ini
Lantaran aku tidak pandai menunjukkan perasaanku padamu
Walau hatiku amat berdebar dan kakiku goyah tatkala melihat dirimu…


No comments:

Post a Comment