Monday, 23 November 2009

Ujian Psikologi dr jepun

Cuba bayangkan dulu hal-hal dibawah ini, jangan dilihat pada jawapannya…baru menarik =)

Bagi setiap situasi di bawah, pilih satu jawapan sahaja…
selamat mencuba… =)

PERTAMA,

Bayangkan diri anda sedang berjalan menyusuri kota. Hari itu sangat indah.Anda sedang berangan-angan. Anda membelok ke arah jalan yang tidak pernah anda lalui sebelum ini. Sepanjang perjalanan, anda melewati rumah yang indah diseberang jalan. Anda berhenti sejenak untuk mengagumi rumah yang indah itu dan memperhatikan pintunya yang terbuka setengah.
Mengapa agaknya pintu itu sedikit terbuka?
Pilih jawapan anda…
1. Rumah itu dirompak
2. Pemiliknya lupa mengunci pintu
3. Pemiliknya berada di dalam


KEDUA,
Sebuah pot tanaman yang ada di balkoni jatuh. Anda segera keluar untuk melihat kerosakannya.

Apa yang anda lihat?
Pilih jawapan anda…
1. Tanaman jatuh dan tetap kukuh
2. Pot rosak, tapi tanaman tidak rosak
3. Pot dan tanaman rosak tanpa dapat diperbaiki. 4. Kerana alasan tertentu, pot dan tanaman tidak kelihatan


KETIGA,bayangkan anda sedang tersesat di dalam hutan yang gelap dan mula merasa lapar. Tiba-tiba anda terjumpa rumah yang diperbuat dari gula-gula. Setelah memeriksa kawasan itu untuk memastikan tidak ada nenek sihir yang bersembunyi, anda mula bersedia mengambilnya.

Bagaimana anda menyantap rumah gula-gula itu?
Pilih jawapan anda…
1.saya mulai makan apa saja yang kelihatan
2.saya berusaha mencuba sebanyak mungkin gula-gula yang dijumpai
3.saya menemukan gula-gula kesukaan dan tetap memakan itu saja
4.saya tidak suka gula-gula

No comments:

Post a Comment