Wednesday, 20 October 2010

muslim itu...


Muslim itu,
Berjalan dengan gagah dan segak bergaya,
Berpakaian kemas menyejuk mata,
Senyuman manis di bibir sentiasa bersama,

Muslim itu,
Bahasa pertuturan halwa telinga,
Akalnya tajam namun halus perasaannya,
Hatinya lembut membahagiakan ayah bonda,

Muslim itu,
Jiwanya berani kebanggaan semua,
Tunduk serta patuh perintah yang Esa,
Setia pada Rasulullah cinta agunganya,
Demi Islam yang dibawa sentiasa,
Cita-citanya membela agama dengan jiwa dan raga.

sebuah kisah

Telah datang seseorang menemui Ibn 'Aqil(seorang ahli bahasa) dan berkata kepadanya; "setiap kali aku mandi dalam sebuah sungai hingga dua atau tiga kali namun aku masih was-was sama ada diriku sudah suci atau belum. aku masih merasakan diriku masih berhadas.
mendengar kata-katanya Ibn 'Aqil menjawab; "tidak perlu bimbang, engkau tidak perlu mengerjakan solat". "Kenapa tuan berkata demikian?", tanya orang itu kehairanan.
Ibn 'Aqil menjawab; "Nabi S.A.W bersabda bahawa kewajipan agama dibebaskan daripada tiga orang yakni; bayi hingga baligh, orang tertidur hingga dia bangun dan orang gila hingga dia pulih". Ibn 'Aqil menambah lagi; "orang yang mandi dalam sungai beberapa kali namun masih mengira dirinya tidak bersih seperti kamu ini adalah termasuk orang yang gila".


pesanan : janganlah kita layan perasaan was-was, kerana ianya adalah gangguan syaitan laknatullah. syaitan akan berbuat apa saja agar kita jauh dari Allah...