Saturday 31 December 2011

..NiKMaTNYa KaSiH TuHaN..

Assalamualaikum pembuka bicara…

Petang yang indah, tibe-tibe jari terasa gatal nak menaip, tapi tak tau nak taip ape..jadi saje nak share, kalau sudi teruskan membaca, tapi kalau tak berminat bukan salah sesiapa, layari la ruangan lain yang mungkin dapat beri manfaaat lebih baik. =) ku doakan, moga kita semua kan sentiasa berada dalam naungan ilahi.

Dalam menelusuri kehidupan ini bermacam ujian datang menduga keimanan. Namun bersyukur pada-Nya kerana sering juga diberi kekuatan untuk mengatasi setiap dugaan yang perlu ditempuhi =) terasa nikmat menjadi hambanya..

Teringat kata2 ayah, “ujian itu nikmat”

Masa ayah cakap mcm tu rasa pelik, nape ayah cakap ujian itu nikmat, sedangkan aku tak pernah rasa ujian tu nikmat. Kalau time sekolah dulu2 bile cikgu sebut nak wat ujian, mula la aku rasa tak sedap badan, rasa cam nak ‘ponteng’ sekolah time ujian, yela menyusahkan, belajar sudah la, watpe nak ujian2 lak. Nak kena peningkan kepala baca buku, menghafal, mengulangkaji..tak minat betol. Cam takde kaitan kan.. tapi nak dijadikan cerita betol apa yang ayah cakap tu, begini kisahnya…

Suatu pagi yang damai ayah telah keluar untuk menunaikan tanggungjawabnya pada kami (pergi kerja@cari rezeki) untuk membiayai kehidupan kami. Ayah bekerja sebagai pemandu lori, ayah hantar udang galah, jauh ayah pergi, balik tak menentu, kadang sampai tengah malam baru ayah balik.. susah kerja ayah, tapi ayah tetap teruskan demi keluarga.. ayah memang baik..

Tapi bukan tu yang nak di cerita, yang nak diceritakan sekarang ni, kenapa betol ayah kata ujian tu nikmat.. Nak tau kenapa, teruskan membaca… =)

Suatu petang, kring2! Kring2! Talifon berbunyi, mak pon angkat la talifon, kawan ayah rupanya…“wa’alaikumsalam, ye ni isterinya bercakap…” tibe2… wajah mak berubah, dan menjerit “apa!! Kemalangan?” aku yang sedang asyik melayan adik terkejut mendengar perkataan “kemalangan” yang disebut oleh mak, terus pergi mendapatkan mak, dan bertanya “ kenapa mak? Siapa yang kemalangan?” … “ayah, lori yang dipandunya terbalik” jawab mak ringkas, mukanya kelihatan pucat disebabkan berita tersebut, aku yang mendengar jawapan mak tadi, jadi kaku, tak tahu nak kata apa. Hanya Allah saja yang tahu bagaimana rasa hati ketika itu, bermacam persoalan bermain di minda, bagaimana keadaan ayah? Masih selamatkah ayah? rasa takut kehilangan ayah menyelubungi jiwa… oh.. aku tak mahu kehilangan ayah.. tidaaaaaaaakkkk…

Bersambung…. Hehehe…. Nak wat cam citer drama lak =)

Mak tak reti pandu kereta, jadi kami tak dapat wat pe2, tunggu je berita dari kawan ayah yang mengkhabarkan berita kemalangan ayah tadi… tak lama kemudian kawan ayah memberitahu ayah cedera dan telah dibawa ke hospital dan ayah selamat, syukur pada Allah masih memberi peluang pada kami untuk bersama ayah…berbulan lamanya ayah terlantar… kehidupan kami jadi sangat susah, mak terpaksa bekerja, sebab perlu jaga ayah, mak bekerja mengasuh anak-anak jiran di rumah.. aku terpaksa berhenti sekolah buat seketika, pendapatan yang mak peroleh tidak dapat menampung keperluan kami sekeluarga, sedangkan tidak lama lagi aku bakal menduduki PMR. Tapi aku pun bukan semangat sangat nak belajar waktu tu, jadi elok juga lah tak sekolah, daripada menyusahkan mak bayar yuran..tapi bile tengok kawan2 pegi sekolah, lama2 terasa gak rugi tak sekolah. Dah la nak PMR..masa tak kesekolah tu aku banyak luangkan masa dengan ayah, tolong mak jaga ayah same.. haaa… mase ni la ayah beritahu bahawa

Ujian itu nikmat sebenarnya…tapi masa ayah cakap cam tu, aku tak rasa nikmat pun lagi, kesusahan je yang kami alami waktu tu, sebab tu aku tak nampak pun di mana nikmatnya… tujuh bulan ayah terlantar, terasa sangat bila ayah tak bekerja…tah kenapa ayah boleh lagi cakap ujian tu nikmat..

Lama aku berfikir, baru la aku tau kenapa ayah kate ujian tu nikmat..

jika bukan kerana ujian yang Allah beri, aku tak rasa bagaimana susahnya kalau ayah takde, dengan ujian yang diberi aku faham erti kesusahan, aku juga jadi lebih menghargai, menghargai pengorbanan ayah, setelah dapat bersekolah semula, aku belajar dengan bersungguh-sungguh, ku balas pengorbanan ayah dengan keputusan peperiksaan yang membuatnya tersenyum dan bahagia, aku tak mahu putus asa, apa yang aku tahu, aku perlu menjadi insan yang berguna, anak kebanggaan ayah, agar aku mampu memberinya kebahagiaan semasa hayatnya. Tak kan ku sia-siakan peluang dan masa yang Allah berikan ini..

ujian tu akan terasa nikmat, bila kita terimanya dengan redha, sebenarnya kita di uji sebab Allah sayang pada kita, Allah mahu kita sentiasa ingat pada-Nya, sentiasa menghampirkan diri dengan-Nya, sentiasa mengharap pada-Nya. Kita ni manusia, sering alpa, lalai dari mengingatinya. Bile senang lupa daratan, namun bila susah Allah jua di cari semula… namun begitupun sikap kita, Allah tetap sayang pada kita, tak pernah pulaukan kita dan beri kita peluang untuk kembali pada-Nya.

Jadi betul kan kata ayah, ujian itu sememangnya nikmat. =)

Oleh yang demikian jangan pernah berputus asa dengan ujian Allah,

Sentiasalah berfikiran positif pada Allah,

Yakinlah, sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan…

Dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya…

Allah itu Maha Tahu

Kisah ini bukan untuk meraih simpati,

sekadar berkongsi bersama yang sudi,

yang baik jadikan teladan,

yang buruk jangan jadi ikutan..

Sekian…

Buatmu Ayah,


Ayah

Maafkan lah anakmu ini,

Aku terlambat menyedari,

Pengorbananmu yang penuh erti,

Ayah,

Maafkanlah anakmu ini,

Telah banyak ku sakiti hatimu.

Dengan sikapku yang tidak peduli,

Ayah,

Tanpamu disisi punahlah kami,

Baru kini kusedari,

Kata-katamu yang penuh erti….

Ayah….kaulah insan yang teramat ku sayangi..

No comments:

Post a Comment