Saturday 11 February 2012

..DReaM HiGH..

"There is a big difference between wishing and being a dreamer. Dreamers design their ideal life and work to achieve it everyday. They don’t believe in chance or luck. Wishers wait on a genii to grant their three wishes all their lives. The problem is, if the genii were to ever show up they still wouldn’t know what to wish for!"

memotivasikan diri untuk menjadi seorang yg bercita-cita tinggi..

byk juga halangannya...kerana manusia yg iri sering saja berkata..

" Belum tentu tercapai, kerana takdir Tuhan tidak terduga..."

sememangnya takdir Tuhan itu tidak terduga, tapi Tuhan juga tidak kejam pada hambanya..kerana apa yg ditakdirkan itu adalah suatu yg pasti tersirat bermacam hikmah di dalamnya buat hamba-Nya..oleh itu kita diajar untuk redha..bersabar..kerana kehidupan dunia ini bukanlah segalanya..

dan kerana kasih-Nya, Tuhan kan beri ganti..sama ada di dunia atau mempersiapkan buat kita di sana nanti...yg penting keinginan untuk berjaya dan keyakinan terhadap Kuasa-Nya...

Mampuke?"

mampu atau tidak..belum cuba belum tahu..jadi perlu cuba dulu..supaya kita tahu kelebihan dan kekurangan kita...bila dah tahu kemampuan diri..boleh la arahkan potensi yg ada pada yg selayaknya..dan kekurangan diri mampu diperbaiki agar lebih bagus lagi..

jadi tak rugi pun kalau nak mencuba..

"Rasa-rasa layak ke?"

sesiapun layak..hanya yg berusaha kan berjaya, hanya yg mahu mencuba kan tahu hasilnya..yg miskin layak untuk menjadi kaya dengan ketekunannya..yg gagal layak untuk berjaya kerana kegigihannya..

apa pun jua ayat yg diguna pakai untuk menjatuhkan, jangan dibiar jadi penghalang...

"Always try to be positive"

dengan itu, kita akan mampu menjalani semuanya dengan hati yg tenang..

tiada kesenangan tanpa kesusahan..dan tiada kejayaan tanpa kegagalan..

"Belief in your self"

tiap manusia yg lahir ke dunia ini punya potensi yg tersendiri..jadi kita juga tidak akan terkecuali..yakinlah..pasti ada bahagian kita di dunia ini..pasti ada peranan kita di dunia ini..kerana itu kita berada di sini..di dunia ini..bkn di tempat lain...

tapi andainya ini belum cukup untuk membuatmu berimpian..masih juga tidak termotivasi...

hanya satu..kembalilah kepada Penciptamu..dan bukalah kitab panduan yg diberikan sebagai rujukanmu..

moga kan tersentuh hatimu agar punya impian..kerana hidup ini bukanlah untuk di sia-siakan...

No comments:

Post a Comment