Tiba detik pertemuan
Tercipta sebuah ikatan
Yang mula melakar memori
Dan kini mekar di sudut hati
Indah sungguh ikatan ini
Memupuk rasa kasih dan sayang
Tautan hati yang tercipta kini
Moga bukan sekadar wayang
Bertemu dan berpisah itu lumrahnya
Mahu menguji kesetiaan kita
Luluh rasa menggenggam jiwa
Namun kita harus menurut jua
Maaf ku pohon padamu teman
Andainya bicaraku mengguris perasaan
Juga tingkahku pernah melukakan
Segalanya bukan ku sengajakan
Hanya kerana diri yang berkekurangan
Tak lupa jua ucapan penghargaan,
“Terima kasih” ku perdengarkan
Kau bersamaku berkongsi tawa dan lara
Yang ku lewati sepanjang masa
Juga segala pengorbanan dan kesetiaan
Tak mungkin kan terlupakan
Jalinan ini kan ku abadikan sepanjang zaman
Kerana kau teman seperjuangan
Walaupun kita kan berjauhan
Namun kau kan tetap dalam ingatan
Syukurku pada Mu Tuhan
Pertemuan menjalin persahabatan
khas buat teman2 yg setia bersama mengharungi onak dan duri..berkongsi tawa dan ria.. uhibbukum fillah..doakan segala urusan berjalan lancar ye..maaf atas kekurangan diri...bukanlah puisi indah..hanya curhat semata.. ^_^
No comments:
Post a Comment