Sunday 6 May 2012

..bersegeralah selagi masih ada ruang dan waktu...

ya Allah..
tercipta aku di dunia ini atas kehendakMu..
diciptakan aku sebagai khalifah di bumiMu..
tapi kerana kerakusanku..
kerana nafsu yang tiada terpimpin..
aku menjadi lalai dan leka pada perintahMu..

kubiarkn diri digoda syaitan musuhku..
kubiarkan jiwa dikawal oleh nafsuku..
kupenuhi segala keinginan
tanpa ku kira redhaMu

aku menjadi rakus kerana lupa padaMu
kerana aku lupa pada amanahMu
ya Allah..kupohon ihsanmu
beriku peluang kembali padaMu

beriman dan berakhlak mulia
melaksanakan perintahMu
mengabdikan diri hanya untukMu
dan maafkan khilafku selama ini ya Allah..





No comments:

Post a Comment