...SeaRCHiNG FoR THe LiGHT...
..make happiness all around..
Tuesday, 6 November 2012
Pelayan Sang Raja..
Monday, 30 July 2012
..ku mahu redhaMu..
..Ramadhan..
Mereka yang masih dipanjangkan usia hingga bersua dengan Ramadan kali ini, sewajarnya bersyukur. Ia adalah tanda Allah masih memberi peluang untuk mereka memperbaiki diri, memperbanyak dan menambah bekalan berupa amal soleh buat persiapan menuju alam baqa.
Kesempatan yang sangat bernilai ini, sewajarnya direbut, sekali gus berazam untuk melaksanakan puasa dengan sebaik-baiknya.
Ramadan menurut istilah Arab bererti terlampau panas. Mengikut sejarah, sewaktu ingin meminda nama bulan daripada bahasa lama kepada yang baru, bangsa Arab menamakannya mengikut suasana/keadaan yang berlaku pada sesuatu masa tertentu.
Kebetulan suasana waktu itu terlalu panas, maka dinamakan Ramadan. Dapat juga difahami bahawa dengan makna ‘terlalu panas’ itu, maka Ramadan dapat membakar segala dosa orang mukmin menerusi pelbagai ibadat yang dilaksanakan dengan penuh ikhlas seperti berpuasa dan solat Tarawih.
Nabi Muhammad bersabda maksudnya: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan dosanya yang telah lalu.”(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad).
Alangkah ruginya jika kebanyakan umat Islam mensia-siakan atau tidak memanfaatkan kedatangan Ramadan yang sebentar itu dengan kerja kebajikan. Perkara ini kerana pada bulan inilah Allah memberi banyak keistimewaan iaitu berupa ganjaran pahala berganda bagi setiap amalan baik yang dikerjakan. Ia tidak dikurniakan Allah pada bulan lain.
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda :“Sekiranya manusia mengetahui kebajikan yang terkandung dalam Ramadan itu, tentulah mereka mengharap-harap supaya Ramadan berlaku sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya).
Ramadan hadir membawa rahmat serta maghfirah (keampunan) Allah. Allah akan mengurniakan pahala yang berlipat ganda bagi setiap ibadat wajib yang dilakukan pada Ramadan. Satu ibadat wajib pada Ramadan menyamai 70 ibadat wajib di luar Ramadan, manakala ibadat sunat akan mempunyai nilai yang sama dengan ibadat wajib apabila dilakukan dalam Ramadan. Malah, segala bentuk kebajikan sekecil dan seringan mana pun, jika dilakukan dengan ikhlas pada Ramadan mengandung nilai ibadat.
Peluang umat Islam mengaut ganjaran pahala yang Allah tawarkan sangat terbuka luas melalui pelaksanaan pelbagai ibadat yang menjanjikan pahala berganda. Ini seperti membaca dan bertadarus al-Quran, berzikir, bersedekah, beriktikaf, berselawat, solat Tarawih serta ibadat sunat lain, selain solat fardu.
Ramadan adalah bulan yang dimakbulkan doa, bulan Allah memberi pengampunan, bulan penyucian diri, malah tidur dan tarikan nafas seorang mukmin diberi pahala ibadat.
Berdasarkan beberapa penjelasan hadis, dapat disimpulkan bahawa Ramadan adalah bulan ibadat iaitu bulan yang pada satu sisi mampu memperbanyak pelbagai nilai positif atau pahala. Pada sisi lain mampu pula menghanguskan pelbagai nilai negatif atau dosa.
Pengumpulan pahala secara besar-besaran seiring dengan penghapusan dosa itu, dihasilkan menerusi pelbagai bentuk ibadat dan amalan soleh, baik yang berbentuk wajib mahupun sunat.
Dua ibadat yang menjadi inti amaliah Ramadan ialah puasa dan solat Tarawih. Dua jenis ibadat itu mampu menawarkan kedua-dua sisi di atas iaitu pengumpulan pahala dan penghapusan atau pembakaran dosa.
Oleh kerana puasa dan solat Tarawih adalah ibadat istimewa pada Ramadan, maka apabila ia dilakukan dengan sempurna dan ikhlas, seseorang itu akan meraih ganjaran pahala berlipat ganda. Ternyata pada masa sama, hasil pelaksanaan puasa dan ibadah Tarawih, sekali gus juga menghapuskan dosa
Perkara itu sesuai dengan sabda Nabi bermaksud: "Ramadan adalah bulan yang Allah telah memfardukan atasmu berpuasa dalamnya, dan aku telah mensunahkan bagimu berdiri dan beribadah pada malamnya. Barang siapa berpuasa dan bersolat lail (Tarawih) kerana iman dan kerana mengharapkan Allah, nescaya dia keluar daripada dosanya, bagaikan bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”(Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah daripada Abu Hurairah).
Sunday, 29 July 2012
..Insaflah Wahai Diri..

Lemahnya diri ini
Baru diuji sedikit
Sudah rebah tak mampu berdiri
Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri
Lemahnya diri ini
Baru sedikt kejayaan dikecapi
Sudah lupa pada yang memberi
Lemahnya diri ini
Baru sedikit dilukai Sudah menangis meratapi
Hingga seruan jihad belum mampu dijalani
Lemahnya diri ini
Baru sedikit kebaikan dikenang
Riak dan ujub bersorak riang
Lemahnya diri ini
Biar sudah tak terhitung anugerah Ilahi
Tapi masih lupa mensyukuri
Lemahnya diri ini
Sering leka dengan duniawi
Dan terabai tuntutan ulkhrawi
Lemahnya diri ini
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan musuh yang mendekati
Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingati MATI…
Ya Allah… Lemahnya diri ini..
ku pohon kekuatan daripadaMu..
Tuntunlah langkahku..
Biar hanya mampu merangkak..
Itu pasti lebih baik daripada terus rebah dalam kaku..
Berikan aku peluang Merentasi jalan yang Engkau redhai..
Ampunilah kekhilafan semalam atas kejahilan ku mengenal makna Kasih sayangMu...
Saturday, 23 June 2012
...Aku Bukan Pengemis..
kanak-kanak tersebut tidak berputus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu sehingga pemuda itu selesai menjamu selera, lalu ditawarkan lagi kuih dagangannya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" tawarnya. Lalu pemuda tersebut menjawab, "Tidak dik, saya sudah kenyang."
Kemudian pemuda itu berjalan menuju kaunter untuk membuat bayaran dan beranjak pergi dari restoran tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu terus mengikuti pemuda tadi. Sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Namun tiada lagi pembeli. Walaupun demikian dia tidak mahu berputus asa, dan terus cuba menawarkan kuih pada pemuda itu. Dia hanya mahu membantu ibunya, menyambung kehidupan mereka yang serba berkekurangan. Jika dia pulang tanpa hasil jualan, pasti ibunya kan berasa sedih.
Melihat pemuda itu keluar dari restora, anak kecil penjaja kuih itu menawarkan kuih dagangannya untuk kali yang ketiga, "Bang mahu beli kuih saya ?". Kali ini pemuda itu merasa serba salah untuk menolak. Lalu, dia mengeluarkan not RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah. Katanya, "Adik ambil duit ni, abang tak nak beli kuih, jadi anggap saja ini sedekah dari abang untuk adik ye..”
Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda tadi dan memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang meminta minta. Pemuda tadi merasa hairan dengan tindakan anak kecil itu lalu bertanya “kenapa adik berikan duit tu pada pada pengemis? duit tu abang bagi untuk adik…”
Anak kecil penjaja kuih senyum dan menjawab, "Saya sudah berjanji pada ibu untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan menjadi pengemis. Saya akan berasa bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu habis terjual. Dan wang yang akan saya berikan kepada ibu nanti adalah hasil usaha jualan kuih.sebab ibu tidak suka saya menjadi pengemis".
Pemuda itu kagum dengan kata-kata yang diucapkan oleh kanak-kanak itu, sungguh berbeza dengan kanak-kanak seusianya. Akhirnya pemuda tersebut telah membeli semua kuih dagangan kanak-kanak tersebut. Bukan kerana simpati, tapi kerana prinsip yang dimiliki oleh anak itu. Biarpun dia masih kecil tapi tidak berputus asa dan tidak mengambil jalan mudah dengan meminta-minta.
..Kisah 3 Pemuda..
"Warna yang bagus dan kulit yang baik, kerana tiada yang mahu mendekatiku dengan rupa ini" jawabnya. Maka malaikat pun mengusap badan si sopak sehingga dengan izin Allah hilanglah penyakitnya dan kulitnya berubah menjadi sangat halus dan cantik. Kemudian Malaikat bertanya lagi "Harta kekayaan apakah yang engkau inginkan?"
"Unta," jawab si sopak.
Maka diberinya Unta betina yang sedang bunting sambil didoakan semoga Allah S.W.T memberkatinya.
Setelah itu, malaikat tersebut mendatangi si botak dan bertanya, "Apakah gerangan yang anda inginkan?"
"Rambut yang bagus," jawabnya. "Dan hilangkan botakku ini, kerana keadaanku ini sering menjadi bahan ejekan" jelas si botak.
Lalu malikat pun mengusap kepalanya dan dengan izin Allah rambutnya kembali tumbuh dengan cukup bagus. Dia kemudian ditanya lagi, "Kini harta kekayaan apa yang anda inginkan?"
"Lembu," jawab si botak.
Kemudian diberilah lembu betina yang sedang bunting sambil didoakan semoga Allah S.W.T memberkatinya.
Dan terakhir, malaikat datang pada si buta dan bertanya, "Apakah yang anda inginkan?"
"saya ingin sekiranya Allah mengembalikan penglihatanku, supaya aku dapat melihat segala sesuatu," jawabnya. Maka malaikat pun mengusap kedua matanya dan dengan izin Allah seketika itu juga ia dapat melihat kembali.
"Sekarang harta kekayaan apa yang engkau inginkan?"
"Kambing," jawabnya.
Ia kemudian diberi kambing betina yang sedang bunting.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, dan bulan berganti bulan, serta tahun pun berganti tahun. Seiring itu pula haiwan-haiwan ternakan mereka bertiga bertambah semakin banyak. Hingga akhirnya masing-masing telah memiliki satu lembah unta, satu lembah lembu, dan satu lembah kambing.
Malaikat itu kemudian kembali datang pada pemuda yang dahulunya sopak. Kedatangannya kali ini, menyamar menyerupai keadaan si sopak suatu ketika dulu. Setelah sampai di tempat si sopak ia berkata, "aku ini orang miskin yang tiada tunggangan untuk meneruskan perjalanan dan kehilangan perhubungan. Maka tiada yang dapat menyampaikan aku pada tujuan, kecuali pertolongan Allah S.W.T serta ketulusanmu menghulurkan bantuan. aku mohon padamu, demi Allah yang memberimu warna dan kulit yang bagus serta kekayaan, agar memberiku satu unta agar dapat kuteruskan perjalananku ke tempat tujuanku".
Mendengar ucapan yang demikian, si sopak kemudian menjawab: "Hak-hak orang lain masih banyak."
"Aku seperti mengenalimu, bukankah kau dahulu sepertiku dan dibenci orang lagi miskin, namun setelah itu kau diberi kekayaan oleh Allah?" kata malaikat.
"Jika kau berdusta, semoga Allah mengembalikanmu pada keadaan yang dulu," kata malaikat.
Setelah itu, malaikat tersebut datang pada orang yang dahulunya botak dengan menyamar menyerupai keadaannya ketika masih botak. Semasa tiba di tempat si botak, malaikat berkata padanya sebagaimana yang dikatakan kepada si sopak tadi. Namun jawapan yang diberikan oleh si botak sama saja dengan si sopak tadi, sehingga malaikat mendoakan pula, "Jika engkau berdusta, semoga Allah mengembalikan engkau pada keadaanmu dahulu."
Terakhir, malaikat itu datang menemui si pemuda yang dulunya buta. Ia berkata, "Aku ini seorang miskin yang sedang dalam perjalan namun telah putus hubungan. Maka aku tidak akan dapat sampai ke tempat tujuanku kecuali dengan pertolongan Allah melalui perantaraan bantuanmu. Aku mohon demi Allah, Dia-lah yang telah mengembalikan penglihatanmu dan memberimu kekayaan, oleh itu, berilah aku seekor kambing untuk menjadi bekal perjalananku agar aku sampai pada tujuanku."
"Benar, dahulu aku seorang yang buta, kemudian Allah mengembalikan penglihatanku, lalu Allah memberiku harta kekayaan. Oleh itu, sekarang ambillah sesukamu. Demi Allah. Aku takkan keberatan dengan sesuatu yang engkau ambil kerana Allah."
Maka malaikat pun berkata: "Tahanlah hartamu. Kamu bertiga sebenarnya sedang diuji oleh Allah. Maka Allah pun ridha padamu dan murka pada dua orang teman itu." (hari Bukhari & Muslim).