Monday, 23 November 2009

Jawapan bg ujian psikologi dr jepun

JAWAPANNYA............................


JAWAPAN PERTAMA,

Dalam alam bawah sedar, alasan mengapa membayangkan pintu terbuka berhubung dengan cara anda menilai diri dan menyingkap kelemahan anda terhadap orang lain.

1. Rumah itu dirompak. Anda cepat mengambil tanggapan buruk di setiap situasi. Sifat ini terlihat sebagai bukti yang jelas ketika ternyata benar-benar terjadi sesuatu. Anda tidak pernah bingung dalam menghadapi saat-saat genting, tetapi hanya terlalu sibuk kerana panik. Jadi lain kali jika bencana datang, miliki fikiran yang jernih. Ingatlah selalu untuk terlebih dahulu mengambil nafas yang panjang dan mengira sampai sepuluh. Baru anda boleh pengsan. =)

2. Pemiliknya lupa mengunci pintu. Anda bukan jenis orang yang terhanyut dalam situasi genting. Sebaliknya, anda sangat santai, bahkan tidak ambil tahu tentang situasi genting yang muncul. Kesalahan yang anda buat lebih banyak disebabkan kelalaian, bukannya maksud yang buruk. Tapi hasil akhirnya bagi anda (dan orang lain) adalah sama.

3. Pemiliknya berada di dalam, sedang menyapu di pintu masuk. Anda mungkin nampak seperti orang yang santai. Tapi tidak pernah membiarkan diri lalai. Memiliki keterampilan diri seperti itulah yangmembuat diri anda menjadi dewasa seperti sekarang. Tentu saja anda masih memiliki kelemahan yang bersifat manusiawi, Cuma jangan memperlihatkannya ke seluruh dunia.


JAWAPAN KEDUA,

Kehidupan pot bunga yang terjaga berhubungan dengan sudut karakter tersembunyi anda yang terjaga. Selain itu juga berhubungan dengan cara anda menahan dunia memasuki kehidupan sosial anda.

1. Tanaman jatuh dan tetap kukuh. Anda kelihatan kuat dan yakin diri serta selalu ingin mendemonstrasikan ketenangan di tengah-tengah masalah. Disebalik wajah yang keras, anda adalah seorang yang lebih menitikberatkan penjagaan penampilan.

2. Pot rosak, tapi tanaman tidak rosak. Anda nampak tenang dan tidak dapat diganggu oleh orang lain. Namun kenyataannya anda tidak suka menunjukkan emosi. Perasaan yang dipendam semakin besar. Tidak ada pot yang dapat menampung mereka selamanya.
3. Pot dan tanaman rosak tanpa dapat diperbaiki. Anda nampak pandai berbicara dan tidak mahu menonjolkan diri. Tapi "pendengar alamiah´ itu sedang berteriak meminta kesempatan bersinar di panggung utama. Anda hanya menunggu kesempatan untuk keluar dari tempat yangmengurung anda. Dan menyerlah kemudiannya..

4. Kerana alasan tertentu, pot dan tanaman tidak kelihatan. Anda pintar menciptakan kesenangan dan membuat orang lain tertawa. Anda fasih menyembunyikan keseriusan. Bahkan sudut pemalu anda tidak ditunjukkan kepada dunia.

JAWAPAN KETIGA,

Dalam tingkat perilaku, cara mendekati rumah gula-gula menyingkap pendekatan anda terhadap persahabatan.

1. Saya mulai makan apa saja yang kelihatan. Anda selalu berterus terang dalam berurusan dengan dunia. Nyaris seperti seorang anak yang polos (lurus bendul). Pendekatan langsung ini membuat anda mudah difahami dan diterima orang lain. sedarlah bahwa tidak semua orang memiliki sifat polos dan jujur seperti anda. Kadang-kadang kejujuran membuat anda terlalu mudah dipercaya. Namun anda dikenali sebagai orang yang terburu-buru.

2. Saya berusaha mencuba sebanyak mungkin gula-gula yang dijumpai. Dunia penuh dengan manusia. Anda tidak keberatan bertemu dengan mereka semua. Anda pakar menemui kualiti yang baik dalam diri orang lain. Tapi keinginan anda mencuba sedikit juga dapat dinilai sebagai ketidaksediaan terlibat terlalu dalam dengan seseorang. Memang bagus dapat menikmatisegala jenis rasa. Ada saatnya anda akhirnya harus mengaku kepadaseseorang "kau adalah orang yang paling baik dari semuanya"..

3. Saya menemukan gula-gula kesukaan dan tetap akan makan itu saja. Jika dapat menemukan satu orang saja di dunia yang punya minat, selera,dan aspirasi seperti anda, itu sudah cukup. Dapat menemukan seseorang yangmelihat dunia sama seperti anda adalah suatu hal yang indah. Tapi dengan membatasi diri dengan satu rasa dalam hubungan, anda mungkin sedang menjauhkan diri dari pengalaman indah diseluruh dunia.

4. Saya tidak suka gula-gula. Anda mempunyai pandangan bahwa mundur dari kerumunan orang ramai adalah sangat baik buat diri sendiri. Dalam berusaha memisahkan diri, anda kadang kelihtan sebagai seseorang yang terlalu keras untuk kelihatan berbeza. Ingat, orang yang paling takut dianggap sebagai orang biasa adalah mereka yang sesuai dengan deskripsi tersebut, iaitu dianggap sebagai orang biasa.

Ujian Psikologi dr jepun

Cuba bayangkan dulu hal-hal dibawah ini, jangan dilihat pada jawapannya…baru menarik =)

Bagi setiap situasi di bawah, pilih satu jawapan sahaja…
selamat mencuba… =)

PERTAMA,

Bayangkan diri anda sedang berjalan menyusuri kota. Hari itu sangat indah.Anda sedang berangan-angan. Anda membelok ke arah jalan yang tidak pernah anda lalui sebelum ini. Sepanjang perjalanan, anda melewati rumah yang indah diseberang jalan. Anda berhenti sejenak untuk mengagumi rumah yang indah itu dan memperhatikan pintunya yang terbuka setengah.
Mengapa agaknya pintu itu sedikit terbuka?
Pilih jawapan anda…
1. Rumah itu dirompak
2. Pemiliknya lupa mengunci pintu
3. Pemiliknya berada di dalam


KEDUA,
Sebuah pot tanaman yang ada di balkoni jatuh. Anda segera keluar untuk melihat kerosakannya.

Apa yang anda lihat?
Pilih jawapan anda…
1. Tanaman jatuh dan tetap kukuh
2. Pot rosak, tapi tanaman tidak rosak
3. Pot dan tanaman rosak tanpa dapat diperbaiki. 4. Kerana alasan tertentu, pot dan tanaman tidak kelihatan


KETIGA,bayangkan anda sedang tersesat di dalam hutan yang gelap dan mula merasa lapar. Tiba-tiba anda terjumpa rumah yang diperbuat dari gula-gula. Setelah memeriksa kawasan itu untuk memastikan tidak ada nenek sihir yang bersembunyi, anda mula bersedia mengambilnya.

Bagaimana anda menyantap rumah gula-gula itu?
Pilih jawapan anda…
1.saya mulai makan apa saja yang kelihatan
2.saya berusaha mencuba sebanyak mungkin gula-gula yang dijumpai
3.saya menemukan gula-gula kesukaan dan tetap memakan itu saja
4.saya tidak suka gula-gula

Mutiara Kata



KATA ATUK:

Orang yang berjiwa besar memiliki dua hati
Satu hati yang menangis dan satu lagi hati yang sabar

pesannya lagi...

Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup dan bertambah baik tingkah laku dan akal budinya

-HAMKA-

iMaN




Daripada abu hurairah r.a katanya, nabi Muhammad saw pernah bersabda yang bermaksud

orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya..

– Riwayat al-bukhari dan muslim...

keampunanmu ku damba

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud :

Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah memberi keampunan kepadamu

– Riwayat Ibn Majah



sampai macam tu sekali Allah sayangkan kita...tetap mahu memberi peluang pada kita untuk bersujud kembali padanya...walau selama ini kita ingkar perintahnya...namun tak pernah sekali kita diabaikan...sungguh benarlah Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang...

Sunday, 8 November 2009

Layar keinsafan

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Gusar malam turut menghampiri

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan

Padamu tuhan kuserahkan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan

Rahmat Ujian

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa

Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya


Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Personaliti melalui bulan kelahiran…

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

• Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
• Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
• Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
• Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
• Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
• Pandai mengambil hati orang lain.
• Pendiam kecuali telah dirangsang.
• Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
• Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
• Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
• Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
• Cukup sayang pada kanak-kanak.
• Suka duduk di rumah.
• Setia pada segala-galanya.
• Perlu belajar kemahiran bersosial.
• Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
• Berfikiran abstrak.
• Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
• Bijak dan pintar
• Berpewatakan yang mudah berubah.
• Mudah menawan orang lain.
• Agak pendiam.
• Pemalu dan rendah diri.
• Jujur dan setia pada segalanya.
• Keras hati untuk mencapai matlamat.
• Tidak suka dikongkong.
• Mudah memberontak apabila dikongkong.
• Suka kegiatan yang lasak.
• Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
• Mudah mempamerkan marahnya.
• Tidak suka benda yang remeh-temeh.
• Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
• Sangat berani dan suka memberontak.
• Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
• Pemerhatian yang tajam.
• Suka hiburan dan sukan.
• Suka benda yang bersifat seni.
• Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
• Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
• Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
• Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
• Berpesonaliti menarik dan menawan.
• Mudah didampingi.
• Sangat pemalu dan pemendam rasa.
• Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
• Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
• Suka pada kedamaian.
• Sangat peka pada orang lain.
• Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
• Tidak cepat marah dan sangat amanah.
• Tahu membalas dan mengenang budi.
• Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
• Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
• Suka berangan-angan.
• Suka melancong.
• Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
• Kelam kabut dalam memilih pasangan.
• Suka dengan hiasan rumahtangga.
• Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
• Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
• Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
• Sangat aktif dan dinamik.
• Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
• Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
• Punya daya mental yang sangat kuat.
• Suka diberi perhatian.
• Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
• Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
• Sangat berani dan tiada perasaan takut.
• Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
• Emosi cepat terusik.
• Cuba kawal perasaan.
• Kecenderungan bersifat pendendam.
• Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
• Kuat daya ingatan.
• Gerak hati yang sangat kuat.
• Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
• Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
• Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
• Keras hati & tegas.
• Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
• Pemikiran yang tajam.
• Mudah marah apabila tidak dikawal.
• Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
• Perasaan yang amat mendalam.
• Cantik dari segi mental & fizikal.
• Tidak perlu dimotivasikan.
• Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
• Mudah dipujuk.
• Bersikap sistematik (otak kiri).
• Suka berangan.
• Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
• Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
• Daya khayalan yang tinggi.
• Permikiran yang tajam.
• Pandai berdebat.
• Fizikal yang baik.
• Kelemahan sistem pernafasan.
• Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
• Tidak berapa suka duduk di rumah.
• Tidak boleh duduk diam.
• Tidak punya ramai anak.
• Rajin dan bersemangat tinggi.
• Agak boros

JUN
• Berfikiran jauh & berwawasan.
• Mudah ditawan kerana sikap baik.
• Berperangai lemah lembut.
• Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
• Idea yang terlalu banyak di kepala.
• Bersikap sensitif.
• Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
• Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
• Bersikap suka menangguh-nangguh.
• Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
• Cepat marah & cepat sejuk.
• Suka bercakap & berdebat.
• Suka buat lawak & bergurau.
• Otaknya cerdas berangan-angan.
• Mudah berkawan & pandai berkawan.
• Seorang yang sangat tertib.
• Pandai mempamerkan sikap.
• Mudah kecil hati.
• Mudah kena selsema.
• Suka berkemas.
• Cepat rasa bosan.
• Sikap terlalu memilih & cerewet.
• Kurang mempamerkan perasaan.
• Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
• Suka pada barang yang berjenama.
• Mudah menjadi eksekutif.
• Kedegilan yang tidak terkawal.
• Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
• Sangat suka didamping.
• Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
• Agak pendiam kecuali dirangsang.
• Ada harga dan maruah diri.
• Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
• Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
• Sangat menjaga hati orang lain.
• Sangat peramah.
• Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
• Berjiwa sentimental.
• Jarang berdendam.
• Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
• Tidak suka benda remeh-temeh.
• Membimbing cara fizikal dan mental.
• Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
• Layanan yang serupa terhadap semua orang.
• Tinggi daya simpati.
• Pemerhatian yang tajam.
• Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
• Mudah dan rajin belajar.
• Suka muhasabah diri.
• Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
• Suka mendiamkan diri.
• Suka duduk di rumah.
• Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
• Tidak agresif kecuali terpaksa.
• Lemah dari segi kesihatan perut.
• Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
• Minta disayangi.
• Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
• Terlalu mengambil berat.
• Rajin dalam membuat kerja

OGOS
• Suka berlawak.
• Mudah tertawan padanya.
• Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
• Berani dan tidak tahu takut.
• Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
• Pandai memujuk orang lain.
• Terlalu pemurah & bersikap ego.
• Nilai harga diri yang sangat tinggi.
• Dahagakan pujian.
• Semangat juang yang luar biasa.
• Cepat marah & mudah mengamuk.
• Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
• Sangat cemburu.
• Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
• Cepat berfikir.
• Fikiran yang berdikari.
• Suka memimpin & dipimpin.
• Sifat suka berangan.
• Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
• Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
• Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
• Belajar untuk bertenang.
• Sikap kelam kabut.
• Romantik, pengasih dan penyayang.
• Suka mencari kawan

SEPTEMBER

• Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
• Sangat cermat, teliti & teratur.
• Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
• Pendiam tapi pandai bercakap.
• Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
• Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
• Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
• Sangat sensitif yang tidak diketahui.
• Seorang yang banyak berfikir.
• Daya pentaakulan yang baik.
• Otak bijak & mudah belajar.
• Suka mencari maklumat.
• Kawal diri dari terlalu mengkritik.
• Pandai mendorong diri sendiri.
• Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
• Suka sukan, hiburan & melancong.
• Kurang menunjukkan perasaannya.
• Terluka hatinya sangat lama disimpan.
• Terlalu memilih pasangan.
• Sukakan benda yang luas.
• Bersistematik

OKTOBER
• Suka berbual.
• Suka orang yang sayang padanya.
• Suka ambil jln tengah.
• Sangat menawan & sopan santun.
• Kecantikan luar & dalam.
• Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
• Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
• Sentiasa berkawan.
• Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
• Cepat marah.
• Macam pentingkan diri sendiri.
• Tidak menolong orang kecuali diminta.
• Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
• Tidak suka terima pandangan orang lain.
• Emosi yang mudah terusik.
• Suka berangan & pandai bercakap.
• Emosi yang kelam kabut.
• Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
• Suka melancong, bidang sastera & seni.
• Pengasih, penyayang & lemah lembut.
• Romantik dalam percintaan.
• Mudah terusik hati & cemburu.
• Ambil berat tentang orang lain.
• Suka kegiatan luar.
• Seorang yang adil.
• Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
• Mudah patah semangat

NOVEMBER
• Banyak idea dalam perkara.
• Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
• Berfikiran kehadapan.
• Berfikiran unik dan bijak.
• Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
• Pemikiran yang tajam.
• Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
• Sesuai jadi seorang doktor.
• Cermat dan teliti.
• Personaliti yang dinamik.
• Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
• Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
• Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
• Terlalu degil dan keras hati.
• Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
• Tak suka marah kecuali digugat.
• Mudah ambil berat terhadap orang lain.
• Pandai muhasabah diri.
• Cara berfikir yang lain dari orang lain.
• Otak yang sangat tajam.
• Pandai mendorong diri sendiri.
• Tidak hargai pujian.
• Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
• Cuba sampai berjaya.
• Badan yang sasa.
• Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
• Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
• Suka duduk d irumah.
• Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
• Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
• Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
• Bercita-cita tinggi.
• Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
• Sangat setia dan pemurah.
• Bersifat patriotik.
• Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
• Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
• Bercita-cita tinggi.
• Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
• Seronok bila didampingi.
• Suka bercampur dengan orang.
• Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
• Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
• Tidak pandai berpura-pura.
• Cepat marah.
• Perangai yang mudah berubah-ubah.
• Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
• Benci pada kongkongan.
• Suka berlawak.
• Pandai buat lawak dan berfikiran logik

ujian



Apa yang menurutmu meyusahkan pada awalnya boleh jadi malah menghasilkan kebahagiaan pada akhirnya, seperti mendung dilangit yang awalnya berkecamuk kilat dan petir yang menakutkan, tetapi akhirnya adalah butiran-butiran hujan yang membawa penghidupan..