Sunday 11 December 2011

The Barber

Pada suatu hari seorang pemuda pergi ke kedai gunting rambut. Dia berbual-bual dengan tukang gunting rambut itu mengenai banyak perkara dan tiba ke perbincangan berkaitan Tuhan.

Tukang gunting rambut : Saya tidak percaya dengan kewujudan Tuhan.

Pemuda : Kenapa awak kata begitu? (dengan nada terperanjat)

Tukang gunting rambut : Mudah saja..cuba awak keluar dari kedai ni, perhatikan di jalan dan awak akan
setuju dengan saya..Kalau Tuhan tu wujud, kenapa ada ramai orang yang sakit?
Kenapa ada anak-anak yang terbiar? Dan kalau benar Tuhan tu wujud, tentu tak
Kan ada kesengsaraan..sebab Tuhan tak kan biarkan macam tu je..

Pemuda tadi senyap, kerana tidak mahu menimbulkan sebarang kekecohan semasa sedang menggunting rambut.

Setelah selesai, pemuda pun meninggalkan kedai gunting rambut. Tiba-tiba…pemuda terpandang seorang lelaki di jalanan yang kusut-masai. Rambutnya panjang tidak terurus..sepertinya sudah lama tidak mengguntingnya..

Lalu pemuda kembali semula ke kedai gunting rambut tadi..

Pemuda : Awak nak tahu sesuatu..saya tak rasa tukang gunting rambut tu wujud…

Tukang gunting rambut : Eh…kenapa pula awak berkata demikian..saya kan tukang gunting rambut..dan
saya ada kat sini..

Pemuda : Tidak…mereka tak wujud..kalau mereka wujud dah tentu tiada lelaki yang berambut panjang
seperti lelaki di jalanan tu..

Tukang gunting rambut : Ohh..begitu..mereka yang tidak datang mencari saya..

Pemuda : Hah! Tepat sekali…(sambil senyum)…
Tuhan tu wujud..Cuma manusia saja yang tidak mahu berusaha mencariNya..sebab tulah
wujudnya banyak kesakitan dan penderitaan di dunia ni…

No comments:

Post a Comment