Sunday 11 December 2011

Tamparan seorang Kiai

Pemuda…merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Dia sentiasa mendapat keputusan yang membuatkan seorang ayah berbangga memiliki anak sepertinya. Dan kerana kepintarannya itu, pemuda telah mendapat peluang untuk belajar ke luar Negara. Dipendekkan cerita…setelah tamat pengajiannya, pemuda telah pulang ke tanah air..
Tidak lengkap rasanya jika seorang yang pintar tapi fahaman agamanya cetek, jadi ayah telah meminta pemuda untuk mendalami ilmu agama. Namun pemuda meletakkan syarat..jika mahu dia belajar agama, ayah harus mencarikan seorang guru agama atau sesiapa saja yang dapat menjawab tiga pertanyaanya. Akhirnya ayah pun mendapatkan seorang ustaz.
Pemuda : Ustaz ni siapa? Mampuka ustaz ni jawab pertanyaan saya..
Ustaz : Saya adalah hamba Allah..InsyaAllah..dengan izinNya saya akan menjawab pertanyaan saudara.
Pemuda : Ustaz yakin? Sedangkan sebelum ni ramai orang pintar tak mampu menjawab pertanyaan saya.
Ustaz : Saya akan cuba sedaya mampu.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan,
1. Kalau Tuhan tu ada, tunjukkan pada saya…yang Tuhan tu wujud.
2. Apa yang dinamakan takdir?
3. Sekiranya syaitan diciptakan dari api, kenapa dimasukkan ke neraka yang diperbuat daripada api..dah tentulah tak kan menyakitkan syaitan. Sebab mereka dari unsur yang sama, macam pelik je..
Tiba-tiba….
Ustaz menampar pipi pemuda dengan kuat..
Pemuda : Kenapa nak marah pulak? (sambil mengusap-usap pipi menahan sakit)
Ustaz : Saya tak marah…tamparan tu adalah jawapan bagi ketiga-tiga pertanyaan yang saudara ajukan tadi..
Pemuda : Maksudnya..?
Ustaz : Macamana rasanya kena tampar?
Pemuda : Tentula sakit…
Ustaz : Jadi…saudara percaya yang sakit itu ada?
Pemuda : Tentulah!
Ustaz : Kalau macam tu…tunjukkan pada saya sakit tu?
Pemuda : Macam mana nak tunjukkan..tentulah tak boleh…
Ustaz : Tu lah jawapan bagi persoalan saudara yang pertama…kita rsa kewujudan tuhan, walaupun tak mampu melihatNya.
Ustaz : Apakah saudara pernah bermimpi di tampar oleh saya?
Pemuda : Tak..
Ustaz : Ada tak saudara pernah terfikir akan menerima tamparan dari saya hari ni?
Pemuda : Tak ..
Ustaz : Itulah yang dinamakan takdir…tangan yang saya gunakan menampar saudara ni diperbuat dari apa?
Pemuda : Kulit
Ustaz : Pipi saudara?
Pemuda : Kulit..
Ustaz : Bagaimana rasanya tamparan saya tadi?
Pemuda : Sakit..
Ustaz : Walaupun syaitan dijadikan daripada api..dan neraka turut dijadikan dari api..namun dengan izinNya neraka tetap akan menjadi tempat yang menyakitkan bagi syaitan. Macam kulit tangan dan kulit pipi tadi..walau sama2 kulit, namun dengan kehendak Allah..tetap rasa sakit..
Pemuda : Baru saya faham sekarang, terima kasih ya ustaz..
Dan akhirnya pemuda tadi pun mula mendalami agama dengan lebih bagus lagi..
….Sekian...

No comments:

Post a Comment